malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN pusat tak campur tangan rundingan di S'gor
ADS

Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan akan membenarkan HARAPAN Selangor terus membincangkan soal pembahagian kerusi pilihan raya dan tidak melihat terdapat keperluan untuk campur tangan, kata setiausaha gabungan itu Saifuddin Nasution.

Katanya, beliau yakin rundingan akan dimuktamadkan dalam tempoh masa ditetapkan, iaitu 31 Januari ini.

“Buat masa ini ia masih berlangsung, belum lagi memerlukan penglibatan oleh pimpinan pusat.

“Dan pada peringkat rundingan negeri, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Jadi seperti yang berlaku di Selangor, atau di Pahang atau di Terengganu, Kelantan, (ini) proses biasa yang pimpinan pusat akan benarkan untuk proses perundingan berjalan. Dan sekarang di peringkat negeri.

“Selangor melalui proses yang sama.

“Buat masa ini ia masih berlangsung, belum lagi memerlukan penglibatan oleh pimpinan pusat.

“Saya yakin, saya optimis, Selangor juga kita boleh selesaikan dalam tempoh masa,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menteri Besar Azmin Ali sebelum ini berdepan tuduhan mengadakan “rundingan sulit” dengan PAS.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan setiausaha HARAPAN Selangor Zuraida Kamaruddin. Zuraida juga berkata rundingan pembahagian kerusi HARAPAN negeri telah empat kali berlangsung.

[Baca berita asal]

Lihat Komen