malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Tugas sukar untuk HARAPAN ambil alih Johor'
ADS

Tidak mudah bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) menembusi Johor pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden bersama NGO Centre for A Better Tomorrow (Cenbet), Gan Ping Sieu.

Jika ramalan Gan ternyata benar, ia akan menjadi halangan buat HARAPAN yang mahu melihat Johor sebagai kunci utama untuk mengambil alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bercakap dalam sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini, Gan berkata kemenangan HARAPAN di Johor bergantung kepada keupayaannya untuk menggerakkan sokongan pengundi Melayu kepada mereka.

Ini akan menjadi tugas berat apabila Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin masih popular dan popularitinya adalah antara yang tertinggi di kalangan pemimpin Melayu, katanya.

Tambahnya, pengundi Melayu Johor juga mungkin tidak akan mengundi HARAPAN walaupun mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran Khaled.

"Secara tradisinya, apabila orang Melayu Johor sangat marah dengan kerajaan, mereka akan mengundi PAS. Itu selalu menjadi kecenderungan mereka.

"Jadi saya fikir sejauh yang diketahui di Johor, untuk Pakatan Harapan menembusinya adalah tidak mudah," katanya, sambil menambah terdapat beberapa tempat di Johor di mana HARAPAN masih mempunyai harapan untuk menang.

Gan bercakap dalam forum bertajuk 'Malaysia’s political outlook: What’s happening in Malaysian politics; what’s next to come?" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.

Tambah Gan, orang Johor tidak terjejas dengan isu-isu pengguna seperti GST dan kenaikan kos sara hidup kerana pelaburan langsung asing yang tinggi (FDI) di negeri itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen