malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kembali kepada kerajaan yang ada rekod baik, pesan Mahathir
Diterbitkan:  Jan 24, 2018 11:49 AM
Dikemaskini: 4:42 AM
ADS

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Bekas perdana menteri itu, yang memimpin negara sejak 1981 hingga 2003, mendakwa ia kerana kehidupan rakyat semakin susah di bawah kerajaan sedia ada.

"Kita perlu kembali kepada kerajaan yang telah terbukti kebolehannya membangunkan negara berbanding (kerajaan) sekarang.

"Sekarang kita menderita. Dahulu tiada soal (susah) nak dapat kerja, biasiswa, lesen dan (peluang) perniagaan," katanya dalam satu sesi siaran langsung di Facebook hari ini.

Calon perdana menteri harapan itu menjawab soalan berhubung retorik yang selalu digunakan Umno bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa jika kerajaan hari ini disingkirkan.

Beliau berkata ia tidak akan berlaku dan Umno tidak lagi mewakili orang Melayu.

"Saya fikir Umno bukan lagi (tentang) Melayu. Kalau inilah kuasa Melayu, (kuasa) utnuk menghilangkan duit, haruskah kita kekalkan?

"Kuasa Melayu tak akan hilang jika kita pilih orang yang tiada sejarah mencuri duit," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada dakwaan rasuah dan salah urus tadbir kewangan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk skandal 1MDB yang dinafikan Najib.

Lihat Komen