malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS akan letak calon di Permatang Pauh
Diterbitkan:  Jan 22, 2018 11:49 AM
Dikemaskini: 3:53 AM
ADS

PAS akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum akan datang, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof.

Menurutnya keputusan itu dibuat kerana berpendapat kawasan berkenaan merupakan kubu kuat PAS sebelum ia dipinjamkan kepada PKR, lapor Utusan Malaysia.

"Ketika ini, kita tidak mempunyai ikatan dengan PKR. Jadi kita bebas bertanding di situ (Permatang Pauh).

"Begitu juga sekiranya (Presiden PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding (di Permatang Pauh) itu hak beliau," kata Fauzi yang dipetik daripada akhbar harian berkenaan.

PKR mula menawan Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya umum sejak 1999.

Pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan pada pilihan raya umum 2008 pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bertanding.

Kali terakhir PAS bertanding di Parlimen Permatang Pauh ialah pada tahun 1995 iaitu dalam pertandingan tiga penjuru bersama calon BN dan DAP.

Namun PAS tewas dengan majoriti 23,515 kepada Anwar yang ketika itu mewakili BN.

Lihat Komen