malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Maksud tersurat artikel seolah dirinya tak berprinsip'
ADS

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dua artikel yang ditulis Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengandungi maksud tersurat bahawa beliau tidak bermoral dan seorang ahli politik yang tidak berprinsip.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu berkata meskipun tiada maksud tersurat di situ, maksud tersirat dua artikel yang ditulis defendan itu membawa makna dakwaan yang dibuat di atas bahawa beliau tidak berakhlak dan tiada prinsip sebagai seorang ahli politik.

Muhkriz menyaman fitnah bekas naib presiden DAP itu.

Muhkriz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas bersetuju dengan kenyataan peguam Jahaberdeen Mohd Yunos yang mewakili Tunku Aziz semasa soal balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa artikel itu tidak mengandungi maksud tersirat bahawa beliau seorang ahli politik yang tidak jujur, mensabotaj pihak lain dan terlibat dalam politik kotor.

Tunku Abdul Aziz (gambar, atas) mendakwa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkat beliau sebagai perdana menteri, jika HARAPAN menang PRU14.

Jahabeerdeen: Saya katakan kedua-dua artikel ini secara keseluruhannya tidak memfitnah kamu?

Mukhriz: Saya tak bersetuju

Jahaberdeen: Boleh tunjukkan bahagian mana artikel yang dirujuk yang menunjukkan kamu sebahagian daripada pakatan sulit itu.

Mukhriz: Tiada.

Jahaberdeen: Bahagian mana kenyataan itu yang mengatakan kamu terlibat dalam pakatan sulit dan bersedia untuk melakukan apa saja bagi mencapai matlamat itu?

Jahaberdeen: Tiada.

Dr M bakal beri keterangan

Ketika ditanya pada bahagian mana dua artikel itu yang beliau dakwa memberi gambaran sepertimana dakwaan yang dibuat, Mukhriz menunjukkan perenggan-perenggan yang dimaksudkan peguam itu.

Mukhriz juga bersetuju dengan Jahaberdeen bahawa pada penghujung 2016 dan pada 2017 tiada lagi keputusan dibuat bagi mengisi jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) lantas timbul spekulasi mengenai jawatan itu.

Dua artikel yang dibicarakan itu terbit pada Disember 2016 dan Januari 2017.

Hakim Datuk Nordin Hassan hari ini juga menetapkan tarikh 27 Februari akan datang bagi Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad tampil memberi keterangan di mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen