malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pendakwa rayu pembebasan gadis belon kuning
ADS

Pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membebaskan penari Bilqis Hijjas dua bulan lalu.

Notis rayuan bertarikh 6 Disember 2017 ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz, sementara surat bertarikh 8 Disember dari Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Zanariah A Bakar dihantar kepada Bilqis, memaklumkan mengenai rayuan itu.

Peguam Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa Bilqis memaklumkan kepada mereka hari ini mengenai notis rayuan itu selepas memeriksa peti surat.

"Tiada tarikh ditetapkan bagi pengurusan kes bagi kes itu," kata Latheefa.

Pada 27 November lalu Bilqis dibebaskan oleh majistret Muhamad Faizal Ismail kerana melontarkan tiga belon kuning di majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Belon tersebut tertera perkataan "free media", "democracy" dan "justice."

Muhamad Faizal berkata keterangan Bilqis adalah konsisten dengan dakwaannya sebelum ini yang mahu menarik perhatian perdana menteri terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan menerusi tindakannya.

Di samping itu, keterangan saksi dan CCTV menunjukkan bahawa acara itu berlangsung tanpa halangan dan Bilqis menyerah diri kepada anggota keselamatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen