malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mahfuz: Pemuda Umno muda-muda lagi dah nyanyuk
ADS

Anggota parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menempelak Pemuda Umno Pahang kerana membangkitkan dakwaan beliau menghina Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering.

"Saya membangkitkan isu bahawa usia bukan penghalang walaupun di umur tua untuk seorang tua menjadi pemimpin dan saya buat perbandingan apa masalahnya bagi seorang tua untuk jadi pemimpin seperti Dr Mahathir dan juga Sultan Pahang.

"Nampaknya yang tak layak jadi pemimpin walaupun dia muda adalah Pemuda Umno," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Mahfuz berkata demikian ketika mengulas dakwaan menghina Sultan Pahang.

Pemuda Umno Pahang semalam mendakwa Mahfuz menghina sultan dengan menjadikan baginda jenaka dalam ceramah politik dan menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan petikan ceramah dimuat naik di Youtube, Mahfuz membandingkan usia Mahathir dan Sultan Ahmad.

Mengulas lanjut soal kelayakan tersebut, Mahfuz yang juga bekas pemimpin PAS, mengambil pendekatan menyerang kembali Pemuda Umno.

"Pemuda Umno tak layak jadi pemimpin sebab dia sudah nyanyuk, tak macam orang tua, tak macam Sultan Pahang dan tak macam Dr Mahathir yang tak nyanyuk jadi mereka layak jadi perdana menteri serta sultan.

"Pemuda Umno tak layak untuk jadi pemimpin walaupun dia muda kerana sudah ada unsur nyanyuk, yang tak boleh memahami apa yang saya sebut," katanya.

Lihat Komen