malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
NGO: Melayu jangan lupa sejarah dibunuh 'bintang tiga'
ADS

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Ismail Mina Ahmad menyeru rakyat di negara ini agar memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Malah, beliau berkata, sekiranya terdapat pihak yang ingin mengubah atau mengelirukan orang ramai tentang Perlembagaan, pihak itu wajar ditentang.

“Kami menyeru rakyat supaya memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, segala cubaan untuk beri tafsiran atau untuk kelirukanya serta mengubahnya wajib ditentang.

“Jadi, sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan mereka boleh cari negara lain yang sesuai untuk tinggal di sana,” katanya ketika ucaptama Konvensyen Kebangkitan Ummah di Kuala Lumpur hari ini.

Konvensyen Kebangkitan Ummah yang berlangsung pada hari ini dihadiri kira-kira 1,000 orang yang rata-ratanya mewakili 300 NGO yang berada di bawah UMMAH.

Sementara itu, ketika berucap Ismail turut mengingatkan hadirin bahawa hanya bangsa Melayu merupakan bangsa yang bergadai nyawa untuk Tanah Melayu.

Sambil menegaskan beliau bercakap berdasarkan sejarah, Ismail turut memberitahu bahawa bangsa Melayu sebelum ini telah dibunuh oleh 'bintang tiga' dan meminta agar bangsa Melayu tidak lupa akan sejarah berkenaan.

"Ini bukan rasis tapi nak cerita sejarah. Yang menentang Siam adalah Melayu. Kemudian, siapa yang menentang penjajah Portugis kalau bukan Melayu padahal pada zaman itu sudah ada orang bukan Melayu.

"Yang menentang penjajah Jepun, Inggeris ialah Melayu. Orang Melayu jugalah yang menentang penjajahan bintang tiga (komunis).

"Pada penjajahan bintang tigalah orang Melayu dibunuh.

Pertahan perlembagaan

"Saya baca sejarah ni. Orang Melayu dibunuh oleh bintang tiga. Siapa anggota bintang tiga, saya tak nak cakap takut kena saman. (Anda) bacalah sejarah," kata Ismail.

Justeru, Ismail mempersoalkan tindakan pihak yang bukan Melayu yang didakwa menuntut jawatan perdana menteri di negara ini.

"Yang menghuni sejak tertubuhnya Tanah Melayu adalah orang Melayu.

"Atas kebijaksanaan punca kuasa pada ketika itu dan kerelaan golongan majoriti, mereka bersetuju dan bermurah hati nak beri mereka jadi penduduk dalam negara.

"Sekarang ini nak jadi perdana menteri, mereka cuma tak minta nak jadi raja je," katanya tanpa menamakan mana-mana pihak dan menggesa agar Perlembagaan dipertahankan.

 

Lihat Komen