malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Noh Omar tiada cita-cita jadi MB Selangor
ADS

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar mengakui beliau tidak bercita-cita untuk menjadi calon menteri besar Selangor bagaimanapun keputusan itu terletak kepada pucuk pimpinan parti.

Noh berkata buat masa kini pihaknya akan cuba sedaya upaya membantu rakyat tanpa dan tidak meletakkan jawatan sebagai keutamaan.

“Kita turun padang kerana nak jaga kepentingan rakyat. di Selangor, saya sebagai Pengerusi perhubungan (Umno Selangor), saya tak ada cita-cita nak jadi MB, terpulang pada pucuk pimpinan.

“Saya minta pada semua pemimpin di Selangor jangan berebut jadi calon (bertanding pilihan raya dan nak jadi) MB. Yang penting, kita kena menang, kita akur dengan keputusan pucuk pimpinan.

“Siapa juga yang diusulkan, kita mesti sokong. Jadi jangan berangan nak jadi menteri besar, nak jadi calon,” Noh berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan di Perkampungan Orang Asli Kampung Gurney, Ulu Yam, hari ini.

Noh berkata demikian ketika ditanya mengenai calon menteri besar jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Noh berkata Umno sentiasa membantu rakyat dan tidak seperti pembangkang yang kini dilihat sedang berebut jawatan walaupun PRU14 belum lagi tiba.

“Kerajaan pembangkang heboh (rebut) jawatan walaupun belum lagi nak menang dan berebut siapa nak jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri.

“Kita di Selangor tak nak rebut jawatan, kita lebihkan kepentingan rakyat. Biar Pakatan Harapan yang berangan nak jadi PM, kita BN kerja untuk rakyat, biar rakyat menilai kita,” katanya.

Lihat Komen