malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Undi Power: Ketahui kuasa undi anda
Diterbitkan:  Jan 5, 2018 6:17 PM
Dikemaskini: 2:49 PM
ADS

Pernahkah terfikir berapa kuat undi anda?

Jika anda seorang pengundi di Kapar, kawasan parlimen paling besar di Malaysia, adakah satu undi anda membawa berat yang sama dengan undi seorang pemilih di Putrajaya, sebuah kerusi persekutuan yang paling kecil dalam negara?

Apa maksudnya perkara ini?

Ingin tahu lebih lanjut lagi? Layari laman mini terbaru Malaysiakini dengan nama 'Undi Power'.

Melalui permainan maya yang mudah, anda akan mengetahui 'kuasa' undi anda dan bagaimana ia mempengaruhi proses memilih seorang anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Bagi langkah pertama, klik 'Start' dan pilih kawasan mengundi parlimen anda.

Kemudian pilih untuk memilih lawan anda daripada enam watak yang mewakili enam kerusi parlimen - Serdang, Gelang Patah, Pekan, Permatang Pauh, Kinabatangan atau Putrajaya.

Menggunakan contoh pengundi Kapar melawan seorang pengundi Putrajaya, hasil 'pertempuran' yang dianimasikan itu akan menunjukkan bagaimana anda kalah dengan lawan anda.

Anda juga berpeluang untuk mengulang permainan ini, menukar lawan anda atau mengetahui dengan lebih lanjut lagi bagaimana mekanisme pilihan raya daripada segi nisbah perwakilan undi.

Dalam kes ini, penjelasannya menyatakan anda telah 'lost the battle' kerana kerusi Kapar anda memiliki lapan kali ganda lebih pengundi daripada kerusi lawan anda di Putrajaya, tetapi hanya seorang anggota parlimen di pilih untuk masing-masing kerusi ini.

Maksudnya satu undi di kerusi lawan anda membawa berat yang sama dengan undi anda.

Dengan kata lainnya, para pengundi di Kapar kurang diwakili, sementara para pengundi di Putrajaya pula terlebih diwakili. Amalan salah ini dipanggil malapportionment (kadar kegagalan pengagihan kawasan pilihan raya) dan merupakan pelanggaran terhadap prinsip 'satu orang, satu undi'

Anda masih ingin tahu lebih lanjut kenapa tidak setiap undi itu sama?

Hanya klik pada pautan bagi penjelasan penuh, lengkap dengan disertai carta dan grafik animasi.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen