malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Skandal tanah Felda: Isa Samad selesai beri keterangan
ADS

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selesai memberikan keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas lebih tiga jam disoal siasat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata Isa selesai memberi keterangan selepas solat Jumaat, hari ini.

“Ya dah selesai (bagi) statement (kenyataan). Lepas sembahyang Jumaat tadi,” katanya kepada Malaysiakini.

Isa tiba di Menara 238 jam 10.30 pagi bagi memberi keterangan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang berjumlah lebih RM200 juta.

Bagaimanapun lebih 30 anggota media yang menunggu sejak jam 9 pagi tadi gagal mendapatkan Isa berikutan dipercayai keluar mengikut pintu belakang Menara 238 yang menempatkan jabatan itu.

Pagi tadi Pengarah JSJK, Datuk Amar Singh Ishar Singh (gambar) berkata Isa tiba bersama empat pegawainya di bangunan itu.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tiba di Menara 238 pada jam 10.30 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang berjumlah lebih RM200 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata Isa hadir bersama empat pegawainya.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri isa Samad telah datang jam 10.30 pagi tadi untuk memberi keterangan mengenai kes Felda.

“Beliau datang bersama empat pegawai khas beliau. Kita sedang ambil keterangan beliau. Hari ini, hari Jumaat, kita akan sambung selepas sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita di bangunan itu, hari ini.

Jalan Semarak

Lebih 30 petugas media mula berkumpul sejak jam 9 pagi di lobi bangunan itu. Bagaimanapun mereka gagal bertembung dengan Isa yang dipercayai menggunakan laluan lain.

Amar berkata pihaknya telah merakam lapan percakapan dan Isa adalah saksi yang kesembilan.

Menurut beliau, Isa disiasat mengikut Seksyen 420 iaitu berkaitan penipuan.

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Lihat Komen