malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Apa makna Kota Alam Shah tanpa Istana Alam Shah'
ADS

Dua orang pengundi Kota Raja menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menamakan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah jika suruhanjaya itu mahu meneruskan syor-syornya untuk menggariskan semula sempadan kawasan pilihan raya tersebut.

Salah seorang daripada mereka, pengurus perundangan dan keselamatan Jawatankuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sangetha Jayakumar berkata hal ini kerana sempadan yang disyorkan EC tidak meliputi Istana Alam Shah, punca nama DUN itu dinamakan Kota Alam Shah.

Tambahan pula, katanya sempadan yang disyorkan untuk Kota Alam Shah itu tidak bertindih sama sekali dengan sempadan sedia ada.

"Jika SPR mahu teruskan dengan persempadanan baru kawasan pilihan raya itu, maka ia tidak boleh dinamakan Kota Alam Shah.

"Kota Alam Shah mewakili semangat DiRaja dan ia mewakili bandar DiRaja dengan Istana Alam Shah terletak dalam kawasan DUN Kota Alam Shah.

"SPR merangka suatu kawasan baru di arah selatan DUN itu yang tiada istana DiRaja itu dan kamu menamakan ia sebagai Kota Alam Shah, ia cukup mengelirukan," kata Sangeta (gambar, atas) yang menegaskan SPR tidak patut meneruskan rancangan persempadanan semula itu.

Beliau bercakap kepada Malaysiakini di Shah ALam sebelum dipanggil untuk memberi keterangan berhubung bantahan beliau dalam sesi pemeriksaan awam tempatan mengenai syor sempadan baru pilihan raya.

Kota Raja pula ialah kawasan parlimen yang meliputi kerusi DUN Seri Andalas, Kota Alam Shah dan Sri Muda.

Di bawah syor-syor SPR, keseluruhan Kota Alam Shah akan menjadi sebahagian dari kawasan DUN Pandamaran yang bersebelahan dengan kawasan parlimen Klang.

Sementara itu, beberapa daerah mengundi dari DUN Seri Andalas, Sri Muda dan Perlabuhan Klang dicantumkan SPR bagi membentuk kawasan DUN baru Kota Alam Shah.

Pengundi Kota Raja Jestin Raj Savarimuthu (gambar) pula berkata tanpa penukaran nama, perubahan sempadan boleh mengelirukan para pengundi.

"Orang akan keliru. Kawan-kawan saya yang sekarang mengundi di Kota Alam Shah bertanya saya, adakah kami akan mengundi di kawasan anda (Seri Andalas)?"

"Jawab saya, tidak. Anda mengundi di tempat pengundian anda, cuma nama Kota Alam Shah telah masuk ke dalam Kota Raja.

"Ia mengelirukan. Jadu saya beritahu mereka untuk menukar nama Kota Alam Shah kepada suatu nama baru, kerana tiada pengundi (Kota Alam Shah sekarang) di dalam kawasan parlimen itu. Cuma namanya saja sama," kata ketua pemuda PKR Kota Raja itu selepas membuat bantahan pada pendengaran sesi inkuiri SPR itu.

Seperti Sangetha, Jestin menggesa SPR tidak meneruskan rancangan persempadanan semula dan hanya akan menggunakan nama yang ditukar jika SPR masih terus dengan cadangan sempadan yang disyorkan itu.

Jestin mempersoalkan SPR kerana mengesyorkan untuk memasukkan daerah-daerah mengundi Bukit Tinggi 2 dan Bandar Botanic sebagai kawasan pilihanraya Kota Alam Shah.

Sangetha pula memberitahu 11 peratus pengundi Kota Alam Shah yang baru terdiri daripada orang Islam, tetapi tiada masjid dalam kawasan pilihan raya tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen