malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Penganjur demo harga minyak dakwa disabotaj
ADS

Penganjur himpunan "Turun Harga Minyak, Turun Najib" hari ini mendakwa "disabotaj" selepas nombor telefon mudah alih mereka "digodam" oleh pihak tidak dikenali.

Anggota sekretariat, Ahmad Syukri Che Ab Razab memberitahu Malaysiakini nombor mereka digunakan untuk menghantar mesej yang mengandungi "ugutan dan kata-kata kesat" kepada nombor lain.

"Bermula tengah hari semalam, kami sudah mendapat panggilan dan mesej daripada nombor yang tidak kami kenali. Apabila kami tanya, mereka kata mereka terima mesej dari nombor kami dan mesej tersebut berbentuk ugutan dan kata-kata kesat.

"Namun kami tidak pernah menghantar apa apa mesej kepada nombor-nombor berkenaan.

"Sehingga hari ini kami sudah terima beratus panggilan dan mesej," kata Syukri yang juga pengarah strategi Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika dihubungi.

Menurut Syukri, lapan yang lain adalah pemimpin pemuda HARAPAN Ashraff Mustaqim Badrul Munir, Wan Anwar Wan Ibrahim, Faris Abdullah dan Salleh Mohd; aktivis pelajar Luqmanul Hakim dan Ashraff Nazrin; serta aktivis Amir Hadi dan Mad Shahtry.

Kesemua sembilan daripadanya dijangka membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Daerah Dang Wangi malam ini.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Pemuda HARAPAN bersama beberapa NGO belia dan dijangka bermula di kompleks membeli-belah Sogo kira-kira sejam sebelum tengah malam.

Selepas berhimpun, para peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka yang terletak kira-kira satu kilometer, di mana mereka juga akan mengambil bahagian dalam menunggu detik 12 malam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen