malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Imigresen enggan ulas halangan sistem pengambilan amah
ADS

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali enggan mengulas lanjut persoalan sistem baru pengambilan amah yang bercanggah dengan peraturan di negara sumber pekerja Indonesia dan Filipina.

Kedua-dua Indonesia dan Filipina tidak membenarkan pengambilan pekerja secara langsung oleh majikan dan mewajibkan pengambilan dibuat melalui agen.

Sistem pengambilan pekerja dalam talian Putrajaya itu diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lalu. Bagaimanapun, sistem itu dibuat untuk mengambil-alih peranan ejen pekerja dan membenarkan majikan mengambil pekerja secara langsung.

Dalam sidang akhbar untuk menunjukkan sistem baru itu, Mustafar berulang kali ditanyakan jika terdapat bantahan dari Filipina dan Indonesia.

"Yang itu kita tak payah sentuh dulu. Yang kita sebutkan adanya pekerja yang datang dari sana dalam negara (Malaysia).

"Majikan kenal pasti, yang dah ada di Malaysia mereka boleh tampilkan. Yang di luar belum sampai ke Malaysia, mereka boleh terus uruskan (untuk mengambil pekerja melalui sistem dalam talian ini)...," kata Mustafar.

Beliau berkata sistem itu bertujuan menguruskan para pekerja berpotensi yang sudah pun berada dalam negara.

"Saya cuma sebut dua: Yang ada Pas Lawatan Sosial, dan juga yang PLS dah tamat tempoh.

"Yang luar tu kita, itu individual basis, dia kena uruskan," katanya.

Mustafar juga berkata proses sistem pengambilan pembantu rumah dalam talian itu hanya memerlukan lapan hari sahaja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen