malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: China bentuk konsortium mega untuk bida HSR
Diterbitkan:  Dec 26, 2017 1:14 PM
Dikemaskini: 5:21 AM
ADS

Pengendali kereta api di China dilapor menyusun kumpulan pengendali kereta api terbesar di negara itu sebelum membida Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Menurut majalah Caixin yang berpusat di Beijing, konsortium itu yang diketuai oleh China Railway Corporation (CRC) akan merangkumi China Railway Group Ltd, China Railway Construction Cooperation, China Communication Construction, CRRC Corporation Ltd, China Railway Signal & Communication Corporation Ltd, China Investment Cooperation dan Export-Import Bank of China.

Laporan itu berkata konsortium itu mungkin akan turut memasukkan firma lain.

Buat masa ini, laporan itu menyatakan bahawa konsortium berkenaan dilihat mempunyai semua komponen yang diperlukan - pereka, pembina, pembekal stok dan pembiaya bagi tujuan berkenaan.

Pegawai CRC memberitahu Caixin - sebuah laman web berita kewangan - bahawa firma dari Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Jerman adalah antara mereka yang membida bagi kerja-kerja tersebut.

Bidaan itu mesti dikemukakan pada pertengahan 2018 dan kontrak akan diberikan pada akhir tahun.

Projek HSR sepanjang 350km itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hingga 90 minit dan merangsang ekonomi beberapa kawasan di sepanjang laluan itu.

Projek ini merupakan usahasama antara Singapura dan Malaysia.

Lihat Komen