malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pulau Pinang perhalusi cadangan bataskan jualan arak
ADS

Kerajaan negeri Pulau Pinang belum memutuskan cadangan agar negeri itu menarik balik kebenaran kepada pasar raya dan kedai runcit daripada menjual arak beralkohol tinggi.

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata keputusan mengenai cadangan itu akan hanya diputuskan pada awal Januari depan.

"Mereka sudah serahkan cadangan tersebut dan kita belum putuskan kerana kerajaan negeri sedang memperhalasinya, akan diputuskan pada awal Januari depan," kata Chow ringkas.

Pada 23 Disember lalu, presiden kumpulan itu P David Marshel dilaporkan menuntut Pulau Pinang menyediakan lesen berbeza yang hanya membenarkan arak beralkohol tinggi dijual di kedai tertentu.

"Arak beralkohol tinggi murah dan mudah didapati, ia senang untuk dibeli golongan belia.

“Itu antara sebab mengapa ramai belia ketagih arak dan mati sebelum usia 40 tahun,” lapor sebuah portal.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas panjang cadangan kumpulan yang menamakan diri mereka Gerakan Antiarak Murah Malaysia.

Sementara itu Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution yang turut dihubungi enggan mengulas lanjut.

"Saya tengah bercuti sekarang dan saya jarang beri komen masa saya bercuti.

“Saya minta hubungi YB Chow selaku Exco PBT," kata Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR.

Lihat Komen