malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Skandal tanah Felda: PAS mahu Najib cuti
Diterbitkan:  Dec 22, 2017 2:49 PM
Dikemaskini: 7:04 AM
ADS

PAS menggesa perdana menteri mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas skandal pemindahan hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Kami rakyat Malaysia dan warga Felda akan menyanjung tinggi jika perdana menteri sendiri mengambil cuti bagi memberi ruang seluasnya.

“Ketokohan Datuk Seri Najib akan lebih dihormati jika percutian beliau nanti dapat membersihkan nama kerajaan dari terpalit skandal ini.

“Kami yakin dengan kefahaman seseorang itu tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan kesalahannya,” kata Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS Naraza Muda.

Dalam kenyataan hari ni, Naraza berkata penyiasatan menyeluruh dengan kadar segera perlu dibuat.

“Skandal berangkai ini yang melibatkan beberapa syarikat seperti dirancang dengan rapi,” katanya.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad semalam mengumumkan laporan polis telah dibuat selepas isu pemindahan hak milik itu dibangkitkan Jabatan Perdana Menteri pada 12 Disember lalu.

Katanya, pada 2014, pemaju utama projek diberikan surat kuasa wakil dan memindahkan hak milik tanah itu kepada syarikat sendiri.

Malah, Felda disyaki "tidak dibayar satu sen" pun daripada sebarang perjanjian berkaitan.

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan siasatan terperinci berhubung kes itu dan mengambil tindakan jika terdapat kecuaian atau salah laku.

Lihat Komen