malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
AS terasing ketika dunia kecam keputusan Trump
Diterbitkan:  Dec 22, 2017 9:33 AM
Dikemaskini: 3:50 AM
ADS

GLOBAL l Kira-kira 128 negara tidak memperdulikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada hari Khamis dan mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung PBB menggesa Washington  menggugurkan keputusannya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sejumlah 128 negara mengundi menyokong resolusi yang tidak mengikat itu, sembilan menolak dan 35 berkecuali. Manakala 21 tidak mengundi.

Trump telah mengancam untuk memotong bantuan kewangan kepada negara-negara yang mengundi menyokong resolusi itu.

Nampkanya ancaman Trump mempunyai kesan, dengan banyak negara berkecuali dan menolak resolusi itu.

Selepas pengundian itu, Duta AS ke PBB, Nikki Haley, menulis di tweet bahawa Amerika Syarikat "akan mengambil nama mereka."

Washington mendapati dirinya terasing kerana ramai sekutu Barat dan sekutu Arab mengundi menyokong resolusi itu.

Sebahagian daripada mereka, seperti Mesir, Jordan dan Iraq, adalah penerima utama bantuan ketenteraan atau ekonomi dari Amerika Syarikat, walaupun ancaman AS untuk memotong bantuan itu tidak menamakan mana-mana negara.

Antara negara yang berkecuali adalah Argentina, Australia, Kanada, Colombia, Republik Czech, Hungary, Mexico, Filipina, Poland, Rwanda, Sudan Selatan dan Uganda.

Guatemala, Honduras, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau dan Togo turut bersama AS dan Israel mengundi menolak resolusi itu.

Jurucakap Presiden Palestin yang disokong oleh Barat, Mahmoud Abbas menyifatkan keputusan itu sebagai satu "kemenangan Palestin." Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak keputusan pengundian itu.

Honduras mengundi menolak resolusi itu selepas Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa ia akan mengiktiraf Presiden Juan Orlando Hernandez sebagai pemenang pilihan raya yang mana Pertubuhan Amerika Syarikat kata patut dibatalkan atas dakwaan berlaku penipuan.

Sejak pilihan raya Trump, Mexico telah menyelaraskan dasar luarnya dengan lebih dekat dengan Washington dalam apa yang dikatakan oleh diplomat sebagai percubaan untuk mengimbangi ancaman untuk menarik diri daripada perjanjian perdagangan bebas Nafta.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen