malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jual tanah tanpa tender terbuka, MP mahu lapor SPRM
ADS

MP Cheras Tan Kok Wai berkata beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penjualan tanah kerajaan di Kuala Lumpur tanpa tender terbuka sejak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah.

Beliau berbuat demikian selepas menteri tersebut membuat cabaran semalam.

Tengku Adnan, mesra dikenali sebagai Ku Nan menjelaskan kebanyakan tanah dijual bagi membina rumah mampu milik kepada orang ramai dan mengkritik Tan kerana 'cuba mengelirukan rakyat' berkenaan isu ini.

Tan yang sedang berada di luar negara berkata Ku Nan gagal menjelaskan dakwaan asal beliau.

"Beliau tidak pernah menjawab soalan saya (berkenaan dakwaan menjual tanah tanpa tender terbuka)," kata Tan (gambar, bawah).

ADS

"Ku Nan menggunakan 'perumahan untuk golongan miskin bandar' sebagai pelindung atau alasan bagi rundingan daripada penjualan tanah bernilai tinggi yang dimiliki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mengorbankan warga kota dan kerajaan tempatannya.

"Saya pasti akan membuat laporan kepada SPRM," kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.

Tan juga berkata akan menghantar surat kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad mendesak jabatan beliau melakukan siasatan terhadap dakwaan penjualan tanah kepada pemaju swasta bagi membina rumah mampu milik oleh kementerian yang diterajui Ku Nan.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2016 terdapat keraguan urusniaga dan siasatan dilakukan terhadap 13 dari 66 bidang tanah DBKL yang dijual bagi membina kediaman Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip).

"Saya akan menulis surat meminta Ketua Audit Negara memeriksa bagi 53 urus niaga rundingan yang dilakukan kementerian di bawah Ku Nan," tambah beliau.

Jual tanah bawah harga pasaran

Laporan audit terbaru melabelkan kementerian Ku Nan sebagai 'tidak memuaskan' berhubung hal penjualan tanah bagi projek Rumawip.

“Pihak audit mendapati tanah DBKL dijual melalui 'jualan secara terang-terangan' (outright sale) kepada firma pemaju yang baru ditubuhkan, terpendam atau mempunyai rekod kewangan lemah atau tiada pengalaman (dalam bidang pembinaan)

"Pihak audit juga tidak dapat mengesahkan jika terdapat kewajaran yang jelas bagi penjualan tanah itu kepada syarikat-syarikat tersebut," kata laporan itu.

Laporan itu juga mendedahkan DBKL telah menjual tanah kepada para pemaju pada harga di bawah harga pasaran dan nilai yang ditetapkan kerajaan.

ADS

DBKL didapati mengecualikan para pemaju itu daripada cukai pembangunan tanpa memfailkan kerta cadangan yang diperlukan.

Pihak dewan bandaraya menjelaskan dalam laporan audit itu bahawa pihak pemaju diberikan rundingan sedemikian selepas mereka menawarkan untuk membina Rumawip.

Bagaimanapun MP Cheras mendakwa laporan audit itu membuktikan 'rundingan terus' DBKL menguntungkan para pembeli tanah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen