malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pelaku rasuah tetap tak boleh tidur lena
Diterbitkan:  Dec 14, 2017 10:37 PM
Dikemaskini: 2:44 PM
ADS

Biar pun tahun berganti nampaknya amalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pendakwaan satu kes rasuah setiap minggu akan diteruskan pada 2018.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata langkah berkenaan dikekalkan dalam usaha agensi terbabit menanamkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.

"SPRM komited dan mahu meneruskan azam itu pada tahun depanbagi memastikan negara ini bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa," katanya seperti dilapor portal mStar hari ini.

Dzulkifli berkata demikian kepada semasa berucap di majlis Malam Apresiasi Media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sebentar tadi.

Menurut Dzulkifli pada tahun ini SPRM sudah berjanji untuk membawa sekurang-kurangnya satu kes suspek rasuah ke mahkamah saban minggu.

Di bawah kendalian Dzulkifli SPRM dilihat 'garang' membuat siasatan isu rasuah, termasuk membabitkan kes berprofil tinggi.

Antara kes itu melibatkan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad; bekas menteri yang kini Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan exco negeri itu Phee Boon Poh.

Tidak terkecuali bekas exco Johor Datuk Abd Latif Bandi, anak lelaki serta seorang perunding hartanah yang didakwa terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram serta menerima RM35.78 juta hasil daripada aktiviti itu.

Lim sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan berkaitan pembelian sebuah banglo di negeri berkenaan.

Semalam memetik kenyataan pegawai kanan SPRM, Sinar Harian melaporkan agensi terbabit tidak akan mendakwa Annuar yang dikaitkan dengan isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, selepas kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, pihak terbabit mendapat tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Annuar.

Lihat Komen