malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu tajaan MARA: Annuar tidak didakwa
Diterbitkan:  Dec 13, 2017 11:32 AM
Dikemaskini: 3:35 AM
ADS

Suhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk tidak mendakwa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Akhbar Sinar Harian memetik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebagai berkata, pihak pendakwa raya mendapati bukti tidak mencukupi.

“Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar).

“Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Dakwaan salah guna dana MARA tercetus selepas Annuar dikaitkan berhubung isu tajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Isu itu didedahkan selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL mengeluarkan dana bagi menaja TRW.

Bagaimanapun, Annuar menafikan kedua-dua agensi itu dipaksa menaja pasukan berkenaan, sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa.

Khidmatnya kemudian digantung sebelum beliau kemudian melepaskan jawatan pengerusi MARA dengan alasan mahu menumpukan tugas kepada kerja parti.

Annuar adalah ketua penerangan Umno dan ahli parlimen Ketereh.

Sinar Harian hari ini juga melaporkan, kertas siasatan terhadap Annuar telah selesai beberapa bulan lalu dan telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk disemak.

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Awang Adek Hussin menafikan khabar angin Annuar akan kembali ke agensi itu atau mana-mana anak syarikat Mara.

“Saya secara rasmi tidak mendengar Annuar akan kembali ke Mara. Khabar angin mungkinlah,” katanya.

Lihat Komen