malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Trump iktiraf ibu kota Israel dipindah ke Baitulmaqdis esok
Diterbitkan:  Dec 6, 2017 5:25 PM
Dikemaskini: 9:41 AM
ADS

Presiden AS Donald Trump dijadual akan mengiktiraf pemindahaan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis hari ini di Washington atau Khamis malam mengikut waktu tempatan.

CNN Indonesia yang memetik AFP melaporkan Trump bakal mengumumkan pemindahan Kedutaan Besar AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, atau bakal dikenali sebagai Jerusalem sebagai langkah rasmi pengiktirafan ibu kota Israel itu.

Langkah yang bakal diambil Trump itu dikhuatiri akan menjejaskan usaha damai Palestin dan Israel selain memburukkan lagi konflik di Timur Tengah.

Kekhuatiran itu dikongsi banyak negara termasuk sekutu AS sendiri seperti Perancis, Arab Saudi dan Turki.

Bernama yang memetik agensi berita China Xinhua melaporkan, jurucakap presiden Palestin, Nabil Abu Rdineh dalam satu kenyataan berkata, Trump telah menyuarakan hasratnya itu sebelum ini melalui perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Abbas telah memberi amaran keputusan Trump itu akan mewujudkan keadaan tegang dan berbahaya kepada proses keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta dunia.

Jurucakap presiden itu menambah, Abbas akan terus berhubung dengan pemimpin dunia untuk menghalang tindakan yang dianggap sebagai tidak boleh diterima.

Sementara itu, Trump juga dikatakan sebelum ini membuat panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Raja Jordan Raja Abdullah II, Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, dan Raja Arab Saudi Salman Bin Abdulaziz Al Saud.

Meskipun Kongres AS meluluskan Akta Kedutaan Jerusalem 1995, yang memerlukan kedutaan AS di Israel dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, bekas presiden AS, termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, menangguhkan perkara itu kerana bimbang keamanan terjejas.

Tindakan yang bakal diambil Trump dilihat sebagai satu lagi usaha Trump menunaikan janjinya ketika berkempen untuk jawatan presiden.

Sebelum ini, Mahkamah Agung AS telah memberi kelulusan kepada pentadbiran Trump menguatkuasakan sekatan masuk ke Amerika terhadap enam negara majoriti muslim


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen