malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Pengkorporatan LHDN, naikkan kutipan cukai'
Diterbitkan:  Dec 6, 2017 4:42 PM
Dikemaskini: 8:54 AM
ADS

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli memberi amaran susulan pengkorporatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) rakyat Malaysia akan berhadapan dengan pegawai pungutan cukai yang lebih agresif.

Rafizi berkata perkorporatan ini bermaksud LHDN akan menerima 'komisyen' daripada kutipan cukai.

"Kebimbangan saya ialah keputusan Datuk Seri Najib mengkorporatkan LHDN akan menyebabkan LHDN terpaksa memenuhi sasaran kutipan tertentu kerana pendapatan LHDN tertakluk kepada berapa jumlah cukai yang dikutip oleh LHDN," kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.

Anggota Parlimen Pandan itu menunjukkan di bawah jangkaan perbelanjaan persekutuan bagi 2008, kerajaan memerpuntukkan LHDN sebanyak RM2.2 bilion bagi 'yuran agensi' (agency fee).

Beliau menambah sebuah laporan The Edge memaklumkan LHDN mensasarkan kutipan cukai sebanyak RM134.7 bilion pada 2018.

"Ini bermakna, LHDB dibayar sebanyak 1.63% dari jumlah kutipan cukai yang dipungut bagi pihak kerajaan," jelas beliau.

Rafizi menyatakan kebimbangan beliau sekiranya LHDN lebih cenderung untuk mengenakan denda dalam keadaan ekonomi tidak berkembang pada kadar yang sepadan dengan kekayaan Malaysia dan gaji pekerja tidak naik.

"Sementara syarikat besar mempunyai wang untuk membayar peguam dan akauntan, rakyat biasa tiada pilihan kecuali membayar sahaja jika tidak mahu faedah dan denda terus meningkat setiap tahun.

"Kebimbangan Dato’ Seri Najib bahawa rakyat akan menjadi bertambah marah sekiranya peningkatan kutipan cukai oleh LHDN sebenarnya bukan disebabkan oleh pertambahan pendapatan rakyat/keuntungan syarikat sebaliknya denda dan faedah yang dikenakan untuk memenuhi sasaran kutipan cukai rakyat," kata Rafizi.

Menurut Rafizi lagi, beliau telah bertanya soalan berikutan pengkorporatan LHDN ini di parlimen.

"Saya telah suarakan sebelum ini kebimbangan sekiranya LHDN lebih cenderung untuk mengenakan denda dan mengutip faedah atas cukai-cukai yang didakwa tidak dibayar di tahun-tahun lepas," katanya.

Namun demikian, katanya Najib Razak yang juga menteri kewangan enggan menyediakan butiran sumber kutipan cukai LHDN.

[Baca berita asal]

Lihat Komen