malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
AG gagal dalam prosiding hina mahkamah pada Guan Eng
Diterbitkan:  Dec 6, 2017 1:36 PM
Dikemaskini: 5:39 AM
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan permohonan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang difailkan oleh peguam negara (AG).

Membenarkan permohonan Lim, Hakim Datuk Kamaludin Md Said bagaimanapun berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah peguam Lim bahawa permohonan menghina mahkamah patut dibuat di mahkamah di Pulau Pinang.

Hakim membenarkan permohonan Lim kerana peguam negara tidak membuat pendedahan wajar transkrip sidang media Lim.

Ini berdasarkan transkrip dua muka surat sidang media tahun lalu yang dibentangkan oleh peguam negara yang diperoleh daripada video klip The Star Online yang disuntang, yang ditolak dengan transkrip 11 halaman daripada pihak pembelaan.

“Saya setuju dengan defendan bahawa AG gagal membuat pendedahan penuh untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah (di hadapan peguam lain).

“Justeru, mahkamah membenarkan permohonan defendan untuk mengetepikan permohonan menghina mahkamah,” kata Kamaludin selepas mendengar permohonan berkaitan perkara itu.

Hakim tidak membuat arahan berkaitan kos.

[Baca berita asal]

Lihat Komen