malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP gagal cabar pendaftaran undi tentera di Segamat
Diterbitkan:  Dec 5, 2017 11:47 AM
Dikemaskini: 3:56 AM
ADS

DAP Johor hari ini gagal dalam bantahan yang difailkan terhadap pendaftaran 1,051 pengundi tentera yang dipindahkan ke kem tentera Segamat, yang masih dalam pembinaan.

Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata berikutan penolakan bantahan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan penalti RM100 seorang bagi setiap pengundi, yang kemudiannya dinaikkan kepada RM150 seorang.

Bulan lalu, DAP memfailkan bantahan itu dan mengumpul dana untuk menampung kos bantahan nama-nama yang terdapat pada Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku ketiga 2017, yang dipamerkan dari 25 Oktober hingga 6 November.

DAP berpendapat bahawa tidak ada alasan untuk mendaftarkan pengundi baru dalam senarai pemilih suku ketiga sekarang, terutama di kem yang belum siap.

Individu yang ingin membuat bantahan dengan SPR perlu membuat bayaran dan jika bantahan ditolak, kos tambahan sehingga RM200 boleh dikenakan.

Dengan penolakan bantahan itu, ini bermakna DAP perlu membayar SPR sebanyak RM157,650 - lebih RM10,000 yang telah berjaya dikumpul.

Teo juga berkata tentera bersama pasangan dan anak-anak mereka menaiki bas untuk hadir ke pendengarn awam yang diadakan SPR semalam.

"Yang membuat saya tertanya-tanya, jika mereka benar-benar tinggal di Segamat, mengapa mereka perlu datang dengan bas?

"Menaikkan penalti tidak masuk akal kerana pengangkutan mereka (tentera) adalah sama," katanya sambil mendakwa SPR berat sebelah dan tidak profesional dalam mengendalikan perkara itu.

Lihat Komen