malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mangsa banjir Kelantan terus meningkat
ADS

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 11,278 orang setakat 9 malam ini berbanding 10,985 orang pada 4 petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 43 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 7,322 mangsa daripada 3,266 keluarga telah ditempatkan di 29 PPS diikuti Tumpat berjumlah 3,704 orang (1,319 keluarga) di lapan PPS.

Di Kota Bharu, sejumlah 102 mangsa (25 keluarga) ditempatkan di dua PPS, 121 mangsa (30 keluarga) di tiga PPS di Pasir Puteh dan 29 mangsa (lapan keluarga) di sebuah PPS di Tanah Merah.

ADS

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang sedikit meningkat kepada 10.37 meter pada 8 malam ini berbanding 10.35 meter pada 4 petang tadi, paras bahaya ialah sembilan meter.

​​Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula kekal 3.50 meter iaitu sama dengan bacaan pada 4 petang, paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 9 malam ini.

 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen