malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'M'sia pohon ekstradisi enam rakyat disyaki edar dadah di HK'
ADS

Malaysia akan menggunakan perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan negara China bagi mengekstradisi enam warga Malaysia yang dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Hong Kong Khamis lalu ketika cubaan membawa ketamin bernilai RM 2 juta ke pulau itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita bahawa pihak polis Malaysia akan bekerja sama dengan rakan sejawat mereka di Hong Kong bagi memudahkan pemulangan enam warga yang disyaki mengedar dadah itu.

“Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan Polis Hong Kong akan dilakukan untuk proses ekstradisi tersebut yang turut terkandung dalam MLA itu malah PDRM telah dimaklumkan oleh Polis Hong Kong mengenai penangkapan tersebut dan akan menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Sama ada Akta Dadah Berbahaya 39B atau akta lain akan digunakan, itu terserah kepada mereka,” Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan konvensyen Umno Selangor di ibu pejabat parti itu.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan komitmen kerajaan bagi membanteras kesalahan dadah berkaitan warga Malaysia di dalam dan luar negara.

Bahan disyaki ketamin bernilai HK$3.9 juta

Zahid berkata tindakan akan diambil terhadap mereka.

Sebelum ini, akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan enam lelaki itu berusia di antara 18 ke 28 tahun dikatakan menjadi sebahagian daripada kumpulan pelancong.

Laporan itu memetik sumber yang berkata kumpulan itu ditangkap semasa berada di kaunter pemeriksaan kastam sejurus tiba dari Kuala Lumpur dengan bahan disyaki ketamin sebanyak kira-kira 8kg yang ditemui dilekatkan di badan empat orang daripada kumpulan itu.

Pasukan tangkapan itu menjangkakan nilai jalanan dadah tersebut sebanyak HK$3.9 juta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen