malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mangsa banjir Terengganu kekal 49 orang
ADS

Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 49 orang daripada 12 keluarga yang kini berada di dua daerah iaitu Setiu dan Besut.

Mengikut laporan portal Info Banjir, di Setiu, hanya pusat pemindahan sementara (PPS) di surau Kampung Nyatoh masih beroperasi menempatkan 28 orang (enam keluarga) manakala di Besut, hanya 21 orang (enam keluarga) masih berada di Sekolah Kebangsaan Tembila.

Bagaimanapun, hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua sungai di Setiu merekodkan kenaikan melebihi paras bahaya.

Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Chalok di Jambatan Chalok merekodkan bacaan 8.76 meter melebihi paras bahaya 8.40m manakala Sungai Nerus di Kampung Langkap, merekodkan bacaan 21.52m melebihi paras bahaya 21.50m.

Dua sungai iaitu Sungai Besut di Kampung La pula merekodkan bacaan 20.9m melebihi paras amaran 20.8m dan Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu merekodkan bacaan 19.56m melebihi paras amaran 19.30m.

-Bernama

Lihat Komen