malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan digesa sahkan status pemaju induk Bandar M'sia
Diterbitkan:  Nov 29, 2017 9:39 AM
Dikemaskini: 2:12 AM
ADS

Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan masih belum menerima sebarang tawaran untuk memperolehi dan membangunkan projek Bandar Malaysia.

"Ia telah menjadi agak jelas bahawa pada bulan Jun Jun tahun ini, satu-satunya kemajuan yang telah kita buat ialah, dikatakan enam hingga lapan syarikat telah menyatakan minat di Bandar Malaysia, walaupun keputusan sepatutnya dibuat pada 14 Julai," kata Pua memetik kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan sebelum ini mengenai status projek itu.

"Kami menyeru Tan Sri Irwan Serigar untuk mengesahkan sama ada, pada hakikatnya, tidak ada tawaran dari syarikat Fortune 500  untuk memperoleh dan membangunkan Bandar Malaysia, terutama tidak pada harga tinggi yang diminta oleh Kementerian Kewangan," tegasnya.

Pua mengulas kenyataan Irwan, yang semalam berkata bahawa "masanya akan tiba" untuk diadakan sidang akhbar mengenai pemaju induk Bandar Malaysia.

Ditanya bila sidang akhbar itu akan diadakan, Irwan seterusnya berkata, "Tunggu, saya akan beritahu."

Pelan asal Putrajaya untuk Bandar Malaysia melibatkan penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek itu kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) and China Railway Engineering Corp (CREC).

Bagaimanapun, perjanjian itu dibatalkan selepas konsortium itu gagal memenuhi jadual pembayaran.

Berikutan ini, Permintaan untuk Cadangan (RFP) yang baru dikeluarkan pada bulan Jun.

Irwan, yang juga pengerusi TRX City dan Bandar Malaysia, kali terakhir dilaporkan pada 31 Oktober sebagai berkata bahawa pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat "tidak lama lagi."

Beliau juga dilaporkan berkata pada bulan Ogos bahawa enam syarikat telah menunjukkan minat untuk menjadi pemaju induk bagi projek pembangunan multi-bilion ringgit Bandar Malaysia dan mereka akan mengemukakan cadangan mereka menjelang akhir bulan yang sama.

Sebelum itu, Irwan berkata bahawa tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan menjadi pemaju induk ialah 30 Jun 2017. Beliau juga berkata bahawa keputusan akhir mengenai pemaju induk itu akan dibuat pada 14 Julai.

Antara kriteria yang ditetapkan untuk syarikat yang ingin menjadi pemaju induk ialah mereka mestilah sebuah syarikat Fortune 500, mempunyai pendapatan kumulatif selama tiga tahun RM50 bilion daripada keseluruhan rantaian nilai harta tanah dan perniagaan yang berkaitan, dan mempunyai pengalaman dalam projek pembangunan hartanah antarabangsa.

{Baca berita penuh]

 

Lihat Komen