malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Komunisme: Kuok, abangnya, William dan MCP
Diterbitkan:  Nov 27, 2017 1:35 PM
Dikemaskini: 5:47 AM
ADS

Taikun Robert Kuok tidak bercakap mengenai komunisme dengan nada yang menghina walaupun diri seorang menjadi kapitalis.

Dalam memoir terbarunya, Kuok mendedahkan bahawa abangnya, William akhirnya menjadi ketua propaganda Parti Komunis Malaya (MCP).

Walaupun laluan mereka berbeza, Kuok memilih untuk tidak membidas abangnya tetapi sebaliknya menggambarkannya sebagai orang yang menentang ketidakadilan dan memperjuangkan golongan miskin. Beliau mempunyai seorang lagi abang, Philip.

Kuok berkata William mula berjinak dengan idea untuk menyertai MCP demi menentang penjajah Jepun, selepas menyaksikan kekejaman mereka, terutamanya ke atas orang Cina di Tanah Melayu akibat Perang Sino-Jepun.

Bagaimanapun, Kuok berkata abangnya tidak menyertai MCP ketika itu kerana takut bahawa tindakan berkenaan akan menjejaskan seluruh keluarga mereka.

"Saya percaya William menyertai MCP pada akhir tahun 1945 atau 1946. Saya rasa sebabnya dia merahsiakannya adalah untuk tidak membahayakan keluarga, kerana British ketika itu menghambat pihak Komunis yang secara literal ke dalam hutan," katanya dalam buku yang sesalinannya dimiliki oleh Malaysiakini.

Sebelum serangan British, Kuok berkata William berpindah ke Kuala Lumpur dan mengendalikan sebuah akhbar tabloid sebagai suara sayap kiri dan selepas ini ditutup oleh kerajaan penjajah, William menjadi aktif dalam aktiviti militan Singapore Union Board.

"Saya tidak pernah memperlekeh aktiviti William membantu orang miskin dan memperjuangkan kesatuan buruh. Namun, saya tidak fikir perniagaan dan politik harus bergerak sama.

"Dia, sebaliknya, beranggapan bahawa saya hanya berminat membuat wang. Pada suatu hari pada tahun 1948, dia duduk bersama saya dan memberitahu bahawa saya adalah salah, dan lambat laun saya akan menghargai nasihatnya - bahawa politik dan ekonomi, politik dan perniagaan semuanya saling berkaitan," katanya.

Kuok berkata William menyelinap ke dalam hutan pada tahun 1948 dan kemudiannya beliau menyedari bahawa kehidupan bukan sahaja semata-mata untuk membuat duit.

"Ini abang saya sendiri, seorang manusia terbaik yang saya kenal, mempertaruhkan nyawa untuk membantu orang yang tertindas.

"Apabila ibu mengetahui tentang William, dia tidak pernah berkata apa-apa, tetapi saya rasa dia pasti merasakan pengorbanan daging dan darahnya sendiri," kata Kuok.

Kuok berkata British menyerang hendap William dan dua pengawal peribadinya di dalam hutan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan dan Pahang pada Ogos 1953, lalu membunuh mereka. William ketika itu berusia 30 tahun.

Walaupun berpindah ke Hong Kong kemudian, Kuok berkata beliau masih terheret dengan dalam politik Malaysia dan satu contoh adalah apabila ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor meminta bantuannya untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan Komunis China.

"Polis cawangan khas Malaysia sering menghubungi saya dan berkata: 'Boleh kamu hantar mesej ini ke China?' Mereka minta China untuk menutup radio MCP, yang siarannya menyerang kerajaan Malaysia.

"Saya sampaikan pesanan itu dan radio itu kemudiannya senyap," katanya.

Kuok berkata beliau kemudian memohon komitmen bertulis daripada China bahawa negara itu tidak lagi akan menyokong MCP, atas permintaan Rahim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen