malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Uber rahsia data digodam cetus siasatan di seluruh dunia
Diterbitkan:  Nov 23, 2017 10:51 AM
Dikemaskini: 3:13 AM
ADS

Kerajaan di seluruh dunia melancarkan siasatan terhadap Uber Technologies Inc selepas syarikat itu mendedahkan ia telah merahsiakan satu penggodaman yang mendedahkan data jutaan pelanggan dan pemandu - skandal terbaru yang menggegarkan syarikat itu.

Pihak berkuasa di Britain dan Amerika Syarikat, dua pasaran utama Uber, serta Australia dan Filipina pada hari Rabu berkata mereka akan menyiasat tindakan syarikat itu berhubung penggodaman data terbabit.

Beberapa penggubal undang-undang AS meminta diadakan pendengaran kongres dan meminta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) menyiasat perkara itu.

Uber berkata pada hari Rabu bahawa ia telah berhubung dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC) dan beberapa  negeri di AS untuk membincangkan tentang penggodaman itu tahun lepas yang mendedahkan data jutaan pelanggan dan pemandu - skandal terbaharu yang melanda syarikat itu.

"Kami telah berhubung dengan Pejabat Peguam Negara beberapa negeri dan FTC untuk membincangkan isu ini, dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan mereka," kata jurucakap Uber dalam satu kenyataan melalui emel.

Uber berkata pada hari Selasa bahawa pada akhir 2016 ia telah membayar penggodam AS$100,000 untuk memusnahkan data mengenai lebih 57 juta pelanggan dan pemandu yang dicuri dari syarikat itu dan memutuskan untuk tidak melaporkan perkara itu kepada mangsa atau pihak berkuasa.

Ketua eksekutif syarikat itu sebelum ini mengakui dalam blog pada hari Selasa bahawa syarikat tersebut telah silap dalam menangani kes penggodaman tersebut.

Peguam negara di sekurang-kurangnya empat negeri AS, Connecticut, Illinois, Massachusetts dan New York, berkata mereka telah melancarkan siasatan terhadap perkara itu. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen