malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Harga petrol turun 8sen, diesel jatuh 2sen
Diterbitkan:  Nov 22, 2017 6:06 PM
Dikemaskini: 10:25 AM
ADS

Selepas mencatat harga tertinggi baru minggu lepas, harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 8sen untuk minggu mendatang.

Mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan RON97 pula akan dijual pada harga RM2.58.

Kejatuhan harga petrol untuk minggu depan adalah yang pertama dalam enam minggu terakhir.

Harga diesel juga turun daripada RM2.25 seliter kepada RM2.23 seliter.

Minggu lepas harga petrol mencatat paras tertinggi baru sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.

Diesel pula minggu ini buat pertama kali mencecah harga termahalnya. Dua minggu sebelum itu ia berada di kedudukan kedua termahal.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Lihat Komen