malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Trump isytihar Korea Utara taja keganasan
Diterbitkan:  Nov 21, 2017 10:46 AM
Dikemaskini: 2:55 AM
ADS

GLOBAL I Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meletakkan semula Korea Utara dalam senarai penaja keganasan.

Penetapan itu membolehkan Amerika Syarikat mengenakan lebih banyak sekatan dan menimbulkan risiko ketegangan berikutan program senjata nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Trump berkata, Jabatan Perbendaharaan AS akan mengumumkan sekatan tambahan terhadap Korea Utara pada Selasa.

Keputusan itu diambil seminggu selepas Trump kembali dari lawatan selama 12 hari ke lima negara Asia  yang menumpukan perbicangan terhadap program nuklear Korea Utara.

"Selain ancaman kepada dunia oleh kemusnahan nuklear, Korea Utara berulang kali menyokong perbuatan keganasan antarabangsa, termasuk pembunuhan di negara asing," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih seperti dilapor Reuters.

Setakat ini, tiga lagi negara lain yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan iaitu Iran, Sudan dan Syria.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen