malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP dakwa guru besar dipindah kerana politik
Diterbitkan:  Nov 17, 2017 11:54 AM
Dikemaskini: 4:02 AM
ADS

DAP hari ini mendakwa seorang guru besar sekolah Tamil di Pulau Pinang dipindahkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah kerana membenarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng hadir ke sekolah itu bagi menyampaikan bantuan dari kerajaan negeri.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Satees Muniandy mendakwa tindakan itu diambil kerana Lim dibenarkan masuk ke sekolah walaupun guru besar itu sendiri tidak menghadiri majlis berkenaan.

"Saya yakin langkah ini tidak akan diambil terhadap mana-mana guru besar sekolah lain di mana-mana negeri di Malaysia, selain di Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Apabila dihubungi, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman menafikan bahawa guru besar itu dipindahkan kerana alasan politik.

"Guru dipindahkan ke sekolah lain adalah perkara biasa.

"Kami memindahkan guru untuk menguatkan sekolah, bukan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu," kata Shaari kepada Malaysiakini.

Satees mempersoalkan sama ada kebenaran untuk ketua menteri Pulau Pinang memasuki kawasan sekolah adalah suatu perbuatan jenayah.

"Adakah guru besar di sekolah yang membenarkan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor menjalankan program politik di sekolah diperlakukan dengan cara yang sama?

"Menteri Pendidikan perlu jelaskan," kata Satees yang merupakan setiausaha DAP Batu Kawan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen