malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pua: Benarkan kenaikan tambang bukan lanjut konsesi ERL
Diterbitkan:  Nov 17, 2017 10:48 AM
Dikemaskini: 3:13 AM
ADS

Kerajaan sepatutnya membenarkan kenaikan tambang Express Rail Link (ERL) dan bukannya 'menyelamatkan' konsesi dengan kontrak lanjutan selama 30 tahun, kata anggota parlimen DAP, Tony Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu mempersoalkan rasional di sebalik lanjutan kontrak berkenaan dan menyifatkannya sebagai "pembohongan ERL".

Menurut Pua, perkhidmatan tambang ERL Express kini adalah pada kadar RM55 tetapi akan dinaikkan kepada RM74 mengikut perjanjian konsesi awal.

"Ia bermaksud akan naik lagi pada tahun 2019 kepada RM97 dan kenaikan lagi akan berlaku pada 2024, menyebabkan tambang mencecah sehingga RM126," kata Pua.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi memberitahu Parlimen bahawa kerajaan memanjangkan tempoh konsesi ERL selama 30 tahun.

"Beliau (Aziz) menyatakan bahawa lanjutan konsesi adalah pampasan kerajaan kepada ERL kerana menolak tiga kenaikan tambang yang dijadual sebelum ini," kata Pua.

Kontrak ERL dipegang oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB) dan telah ditandatangani pada tahun 1997.

ERL berhak menyemak semula kenaikan tambang setiap lima tahun.

Pua berkata ERL sebelum ini menuntut ganti rugi RM2.9 bilion daripada kerajaan kerana tidak menaikkan tambang berdasarkan jadual asalnya.

Beliau berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati bahawa pendapatan ERL adalah antara 11.5 peratus dan 13.7 peratus daripada pendapatan yang diunjurkan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen