malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Peguam Zunar rujuk persoalan undang-undang
ADS

Peguam kartunis Zunar mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merujuk empat soalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan dalam cabaran kartunis itu berhubung larangan perjalanannya ke luar negara.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram, mengatakan dalam kes Loh Wai Kong pada 1978 yang mana digunakan sebagai duluan, ia secara salah diputuskan dan seharusnya diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes Loh Wai Kong, ia dikatakan bahawa "kebebasan peribadi" harus merangkumi hak untuk "melintasi sempadan."

Gopal mengatakan bahawa apabila mahkamah tinggi itu tidak mempunyai bidang kuasa melayan rayuan daripada pihak yang memenangi kes itu iaitu kerajaan maka kes ini boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

"Berikutan ini, saya menggunakan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk soalan-soalan ini kepada Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Hakim Azizah Nawawi.

ADS

Gopal juga berkata soalan-soalan ini tidak dibangkitkan semasa rayuan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung larangan perjalanannya di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan, berkata Mahkamah Tinggi sendiri mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan persoalan yang ditimbulkan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen