malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Media jangan beri ruang pada pelampau, kata Gerakan
ADS

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menggesa semua pihak khususnya media agar tidak memberi ruang kepada golongan pelampau.

Beliau berkata, ini kerana suara mereka tidak mewakili sikap dan pandangan rakyat Malaysia, dan hanya mahu mengancam keharmonian negara.

“Jangan kompromi, jangan beri muka, jangan beri peluang kepada mereka. Oleh itu saya menyeru kepada pihak media untuk tidak memberi ruang kepada ekstremis.

“Sebenarnya matlamat mereka adalah untuk memupuk ketakutan dan kebencian di kalangan rakyat sahaja," katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yakin usaha golongan itu menimbulkan kebencian di kalangan masyarakat akan gagal jika ruang mereka untuk berbuat demikian disekat.

“Mereka pasti akan musnah dengan sendiri jika tidak diberikan ruang untuk menyebarkan mesej mereka,” katanya.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu memuji langkah Majlis Raja-raja yang bersuara menentang 'dobi Muslim sahaja' yang mencetuskan kontroversi pada September lalu.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap golongan pelampau yang dilihat berbahaya kepada masyarakat.

Lihat Komen