malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Mana suara Asri bila syariat Islam didustakan?'
Diterbitkan:  Nov 10, 2017 12:38 PM
Dikemaskini: 5:07 AM
ADS

Selepas kelayakannya sebagai jurupulih pengganas, penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain hari ini menyerang kembali Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Lebih 24 jam selepas tulisan Asri di Facebook beliau, Zamihan hari ini membalasnya di media sosial beliau.

Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), antaranya membangkitkan di mana suara Asri ketika terdapat seorang aktivis wanita yang didakwa berkata tudung kepala bukan perintah tuhan.

“Kenapa Mufti Perlis tidak tidak bersuara ketika syariat Islam didustakan dan tidak melabelkan orang sebegini sebagai 'pelampau'?” soal Zamihan.

Tanpa menyebut nama, Asri kelmarin mempertikaikan pemilihan Zamihan sebagai jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas di penjara.

Menyentuh pendirian Zamihan terhadap tindakan sebuah surau membuka pintu untuk mangsa banjir bukan Islam yang tidak menutup aurat, Asri berkata terdapat “pihak yang memakai gelaran agama” mempertikaikan bantuan itu beralaskan “fikah sempit”.

“Persoalan kita , bolehkah 'pelampau' memulihkan pemikiran pelampau? Ini bukan kali pertama beliau menzahirkan pemikiran pelampaunya,” soal Asri.

Mengulas dakwaan berkaitan wanita itu, Zamihan berkata, individu itu antaranya berkata hukum menutup aurat dalam al-Quran hanya tertakluk bahagian sulit wanita sahaja.

“Sebelum ini, dia pernah menggemparkan orang ramai apabila dengan bangga mengaku menjadi imam solat kepada suaminya,” katanya.

Kenyataan itu berdasarkan portal Menara yang terkenal dengan laporan isu-isu melibatkan umat Islam, termasuk pandangan-pandangan agama kontroversi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Asri berkaitan kenyataan itu.

Lihat Komen