malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azmin: Kenyataan Dr M boleh selesai tanpa campur tangan media
ADS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina masyarakat Bugis dapat diselesaikan tanpa campur tangan media.

"Saya yakin perkara yang berbangkit antara Dr Mahathir dengan dakwaan kononnya beliau menghina masyarakat Bugis itu boleh diselesaikan secara baik, bersopan, tanpa campur tangan media," kata Azmin kepada pemberita di perkarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.

Azmin berkata demikian mengulas kenyataan ADUN BN yang mendakwa beliau mengambil sikap berdiam diri berhubung kenyataan Mahathir.

Wakil rakyat BN dalam sidang medianya di lobi bangunan Annex DUN Selangor hari ini turut menyatakan akan menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkara itu esok.

ADUN Kuang, Datuk Shukur Idrus berkata penyerahan memorandum itu dibuat selepas kecewa usul tergempar untuk membahaskan isu kenyataan Mahathir itu ditolak.

Mengulas lanjut berhubung langkah wakil rakyat BN berkenaan, ini jawab Azmin:

"Tak akan saya boleh halang, itu demokrasi. Siapa nak hantar, hantarlah," katanya ringkas.

Pada 2 November lalu, Sultan Sharafuddin menyatakan rasa murka terhadap kenyataan yang dibuat Mahathir dan menyifatkan ia cuba menghasut rakyat untuk membenci masyarakat Bugis.

Mahathir pula menjelaskan perkara itu dengan berkata kenyataan 'lanun Bugis' hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukannya seluruh masyarakat Bugis.

Lihat Komen