malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim: Tiada dana baru tebatan banjir diumum Najib
Diterbitkan:  Nov 8, 2017 1:28 PM
Dikemaskini: 5:38 AM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan sebarang peruntukan baru untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim menjelaskan bahawa Najib hanya berkata beliau mempertimbangkan dengan serius perbelanjaan RM1 bilion bagi projek-projek tebatan banjir yang masih belum dikeluarkan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun sebelumnya.

Perdana Menteri melawat tiga kawasan yang dilanda banjir di Pulau Pinang semalam.

"RM150 juta yang disebut oleh PM adalah pengumuman yang diluluskan sebelum ini pada 8 November 2016 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Seri) Wan Junaidi Tuanku Jaafar," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib atas lawatan dan kesediaannya untuk mempertimbangkan dengan serius perbelanjaan RM1 bilion itu.

Semalam, Najib berkata Putrajaya telah meluluskan RM150 juta dan akan mempertimbangkan dana tambahan untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Beliau menambah bahawa 13 projek tebatan banjir telah dikenal pasti yang memerlukan kira-kira RM1 bilion untuk dilaksanakan.

Lim berkata tumpuan kerajaan pada masa ini adalah untuk meneruskan kerja-kerja menyelamat dan memastikan keadaan kembali pulih.

Lihat Komen