malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ti: Ketua Pemuda MCA ingatkan Lim ucapannya dahulu
Diterbitkan:  Nov 7, 2017 6:59 PM
Dikemaskini: 11:12 AM
ADS

Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon hanya mengingatkan Lim Guan Eng bahawa ketua menteri Pulau Pinang itu tidak sepatutnya memperlekehkan BN pada masa lalu.

Jurucakap publisiti MCA, Ti Lian Ker mengulas komen Chong semasa perhimpunan agung tahunan MCA hujung minggu lalu, yang menerima bantahan keras.

Chong berkata walaupun status seperti  "tokong", Lim masih tidak dapat menyelesaikan masalah banjir di negeri itu.

Chong bagaimanapun kemudian telah meminta maaf.

Ti mengingatkan bagaimana Lim dan DAP pada masa lalu telah mengambil kesempatan terhadap kejadian malang seperti kehilangan pesawat MH370 untuk mendapatkan keuntungan politik.

"(Mereka) beritahu seluruh dunia ini adalah tindakan BN yang tidak bertanggungjawab dan dunia tidak harus percaya kerajaan BN.

"Ini dilakukan dengan rasa biadap dan dengan tidak menghiraukan kesedihan dan penderitaan keluarga yang kehilangan orang tersayang," katanya berkongsikan pautan video ucapan Lim di YouTube.

Ti juga mengingatkan bahawa ketika Pahang dilanda banjir, Lim berkata DAP akan menyelesaikan masalah banjir dan perparitan di negeri itu jika pembangkang memenangi pilihan raya.

"Dia bercakap dengan cara yang memperlekeh ketika orang lain sedang berusaha untuk membantu dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

"Dia sekali lagi dengan sombong menolak kemungkinan ia adalah kerja Tuhan atau menunjukkan simpati dan kasihan kepada mangsa," katanya.

[Baca berita penuh]
.

Lihat Komen