malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Anwar cabar Akta MKN
ADS

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menolak cabaran ketua umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN) berdasarkan bantahan awal.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf berkata mahkamah sebulat suara bersetuju saman Anwar bersamaan dengan mempersoalkan kemampuan parlimen untuk menggubal pindaan perlembagaan tahun 1993 yang membenarkan undang-undang diluluskan parlimen untuk dikuatkuasakan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu, beliau berkata mahkamah ini terikat dengan keputusan pendahulu Mahkamah Tinggi untuk tidak membenarkan rayuan Anwar.

Panel hakim lain Mahkamah Rayuan ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Badariah Sahamid.

Perkenan Yang di-Pertuan Agong

Anwar telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan Akta MKN pada bulan Ogos tahun lalu, sehari selepas undang-undang itu berkuatkuasa di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon untuk klausa perlembagaan yang dimasukkan pada 1993 diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan.

Klausa itu menyebut jika Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan sesuatu bil perundangan dalam masa 30 hari selepas ia dikemukakan, ia secara automatik menjadi undang-undang.

Pengkritik telah menyuarakan keprihatinan bahawa kuasa mengisytiharkan darurat Akta MKN boleh disalahgunakan bagi tujuan selain perkara keselamatan.

Majlis Raja-Raja telah menyatakan bantahan terhadap undang-undang baru itu dan menggesa ia untuk dikaji semula.

Kes Anwar telah ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Oktober tahun lalu selepas Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan bantahan awal pihak kerajaan bahawa mahkamah tidak ada kuasa untuk membatalkan MKN kecuali kebenaran telah didapatkan dari Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen