malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ECRL hanya ada satu landasan, setakat ini
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 11:58 AM
Dikemaskini: 4:11 AM
ADS

Kementerian Kewangan telah mengesahkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) hanya akan menampilkan aturan landasan tunggal.

Bagaimanapun, trek keretapi itu akan dibina di atas 'formasi dua landasan' menurut jawatan bertulis parlimen kementerian itu.

"Landasan sepanjang 600.3 km bagi Fasa 1 akan disiapkan menjelang 2024 yang akan memenuhi rekaan dua landasan.

"Projek ECRL akan dibina berdasarkan spesifikasi dua landasan, termasuklah, jambatan, terowong, jejambat, stesen dan kerja-kerja awam," kata kementerian itu.

Ia mencadangkan ECRL yang pada awalnya akan menampilkan sebuah landasan tunggal meski pun asasnya akan menyediakan ruang untuk set landasan tambahan.

Kementerian itu berkata bagi menjawab soalan Anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang mahu pengesahan jika ECRL akan menjadi sebuah projek landasan tunggal, sebagaimana yang dinyatakan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

Kajian kebolehlaksanaan tidak lengkap

Namun demikian, Jabatan Perdana Menteri enggan mengesakan kos ECRL menelan belanja RM70 bilion.

Spekulasi berkenaan harga baru ini diterbitkan The Edge Weekly minggu lalu.

Jawapan bertulis parlimen oleh Jabatan Perdana Menteri mengabaikan soalan anggota parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang bertanya jika projek ECRL menelan belanja RM70 bilion.

Wong juga bertanya jika perjanjian ECRL akan dibuka kepada pihak awam dan jika tida kenapa.

Sebaliknya, jawapan bertulis itu merumuskan bagaimana ECRL menjadi 'game changer' (pengubah besar) dalam pembangunan pantai timur semenanjung, pakej kewangan yang menarik dari China dan kajian kebolehlaksanaan.

Bagaimanapun, jawapan JPM mencadangkan kajian kebolehlaksanaan ECRL masih belum siap lagi.

"Penemuan kajian itu akan dibuka untuk orang ramai, bergantung kepada keperluan dan melalui saluran yang diperlukan undang-undang," kata JPM.

Awalnya Putrajaya mendakwa ECRL akan memakan kos RM55 bilion dan akan didanai melalui pinjaman murah dari China.

 

 

Lihat Komen