malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Khalid: Penculik mungkin belajar dari filem
Diterbitkan:  Oct 30, 2017 3:38 PM
Dikemaskini: 11:53 AM
ADS

INKUIRI SUHAKAM l Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membayangkan bahawa mereka yang menculik Paderi Raymond Koh mungkin mempelajari gerakan mereka melalui filem.

"Kamu boleh tengok dalam filem setiap hari. Boleh belajar dari filem," katanya kepada inkuiri Suhakam mengenai kehilangan Koh dan beberapa aktivis lain.

Peguam Gurdial Singh, yang mewakili keluarga Koh, menyoal sama ada Khalid berpendapat bahawa penculikan iu dilakukan secara profesional.

Menurut bekas ketua polis itu, bagi orang awam, kumpulan lelaki yang memakai balaclavas mungkin kelihatan seperti golongan profesional.

"Mungkin, ia tak mustahil," katanya.

Koh, 62, diculik dari keretanya oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B / 10 di Petaling Jaya pada 13 Februari lalu, kira-kira jam 11 pagi ketika sedang dalam perjalanan ke rumah seorang teman.

Kereta Honda Accord berwarna perak miliknya dengan nombor pendaftaran ST5515D juga masih belum dijumpai.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen