malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Bajet HARAPAN abai prinsip akaun'
Diterbitkan:  Oct 27, 2017 2:11 PM
Dikemaskini: 6:16 AM
ADS

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menjadi pemimpin BN terbaru yang memperlekeh bajet alternatif Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi tahun 2018.

Beliau berkata, pembangkang membentangkan bajetnya untuk meraih perhatian daripada bajet yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini di Dewan Rakyat.

"Bagaimanapun, belanjawan alternatif ini tidak realistik, mengabaikan prinsip asas ekonomi dan perakaunan," katanya dalam catatan di blog.

Salleh menegaskan bahawa asas perakaunan menetapkan bahawa pendapatan mesti sepadan atau melebihi perbelanjaan.

"Anda tak boleh potong pendapatan dan pada masa sama meningkatkan perbelanjaan dan masih tetap untung.

"Anda tak boleh belanjakan lebih banyak daripada apa yang anda dapat. Negara-negara di Eropah dan bahkan di UK sendiri menghadapi defisit yang besar kerana belanjawan mereka seperti apa yang dilakukan HARAPAN.

"Adakah mereka (HARAPAN) tidak belajar apa-apa dari pengalaman Eropah?" soal Salleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen