malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nazri pertahan Guan Eng atas desakan letak jawatan
ADS

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mempertahankan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung gesaan untuk beliau meletakkan jawatan susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lalu.

Ketika diminta ulasan terhadap desakan oleh para pengkritik Lim, termasuklah dari dalam Umno, Nazri memberitahu sidang akhbar di studio animasi Les' Copaque di Shah Alam bahawa perlu ada duluan bagi tindakan sebegitu.

"Ia perlukan duluan.

"Terdapat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Saya tidak lihat Mahathir letak jawatan, saya tidak lihat Anwar letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri," kata beliau merujuk tragedi Highland Towers pada 1993 yang berakibat daripada kejadian tanah runtuh yang besar di Taman Hillview, Ulu Kelang.

Pada masa tragedi yang meragut 48 nyawa itu, pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad masih berkhidmat sebagai perdana menteri, manakala ketua umum PKR yang dipenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah timbalannya.

"Undang-undang perlu dilaksanakan kepada semua orang, bukan berpilih-pilih.

"Semua orang hidup dalam rumah kaca. Jadi jangan lemparkan batu," Nazri memberikan amarannya.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menuntut pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang agar memberitahu anak beliau, Lim Guan Eng untuk meletakkan jawatan kerana kejadian tanah runtuh yang meragut 11 nyawa itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen