malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
BN P Pinang: Polis tak sesuai siasat kejadian tanah runtuh
Diterbitkan:  Oct 24, 2017 5:16 PM
Dikemaskini: 9:20 AM
ADS

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata pasukan polis tidak sesuai untuk menyiasat tragedi tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah pada Sabtu lepas.

Teng berkata polis hanya boleh menyiasat punca kematian dan kecederaan akibat tanah runtuh tetapi bukan punca bencana itu sendiri.

Katanya jabatan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan jabatan kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mungkin lebih cekap untuk menilai keadaan tapak dalam tragedi berkenaan.

Oleh itu, katanya, tiada keperluan untuk membuat laporan polis mengenai kemungkinan berlaku kecuaian kerana kerajaan negeri bakal menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat insiden itu.

Beliau yang juga bekas exco semasa pentadbiran Gerakan mempersoalkan mengapa MBPP gagal menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Teng berkata demikian bagi mengulas kenyataan exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow semalam bahawa laporan polis telah dibuat atas "kemalangan tapak kerja" yang mengorbankan 11 nyawa pada 21 Oktober lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen