malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MET nafi cuaca panas lebih 40 darjah Celcius
ADS

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celcius bagi tempoh lima hari akan datang.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Alui Bahari berkata suhu tertinggi yang dicatatkan minggu lalu ialah 36 darjah Celcius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah Celcius.

“Matahari juga kini tidak berada di kedudukan garisan Khatulistiwa dan berdasarkan pemantauan terkini, keadaan cuaca ribut petir pada sebelah petang telah berlaku di beberapa tempat di Semenanjung berikutan Taufan Lan semakin lemah.

“Keadaan ribut petir ini adalah normal semasa fasa peralihan monsun yang sedang dialami negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Alui menasihati orang awam supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai kedaan cuaca dari laman sesawang MET Malaysia di www.met.gov.my atau menghubungi talian 1-300-221638.
-Bernama
 

Lihat Komen