malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mencabar kekangan undang-undang dengan bertelanjang
Diterbitkan:  Oct 23, 2017 4:44 PM
Dikemaskini: 8:50 AM
ADS

GLOBAL |  Mempunyai populasi lebih 260 juta dan hampir 90 peratus daripada mereka ialah Muslim.

Ketika adat dan budaya timur begitu tebal di Indonesia rupa-rupanya ada segelintir daripada mereka membentuk komuniti bogel.

Ketika wartawan BBC Indonesia berkunjung ke rumah salah seorang anggota komuniti itu lelaki terbabit tidak canggung memasak makanan untuk tetamunya tanpa seurat benang pada badan.

"Saya gemar melakukan semua urusan - termasuk memasak - dengan berbogel.

"Memang seronok dan bebas sebab boleh bertelanjang pada bila-bila masa saya mahu," kata lelaki itu yang hanya diperkenalkan dengan nama Aditya.

Selain Aditya ada beberapa rakan lain yang turut berkongsi perasaan dan kepercayaan dengannya.

Pada ketika tertentu mereka mengadakan pertemuan di tempat tertutup.

"Kami boleh dipenjara kalau berbogel di tempat awam. Jadi kami melepak di tempat persendirian," katanya.

Mula percaya kepada amalan berbogel sejak 2007 Aditya berkata dia memperoleh idea itu daripada maklumat diperolehinya di internet.

Aditya kemudian menghubungi kumpulan bogel di negara luar dan berbincang mengenainya.

Hasil bertukar-tukar pandangan dia yakin amalan itu adalah jalan yang dicari-carinya selama ini.

Menurut Aditya kumpulan bogel itu ada di banyak negara. Walaupun jumlahnnya kecil mereka tetap komited.

Di Jakarta misalnya jumlah yang meyakini amalan itu cuma ada sekitar 10 hingga 15 orang, membabitkan lelaki dan perempuan.

Ditanya mengapa cara hidup itu yang dipilihnya Aditya berkata ia membuat dia berasa mempunyai jati diri yang kuat.

"Tiada sesiapa akan mentertawakan kamu walau betapa gemuknya kamu atau bagaimana saiz anggota badan kamu," katanya.

Ditegur sebab cuai

Dikekang dengan peraturan kumpulan Aditya ternyata tidak tersekat. Pada ketika tertentu mereka membuat temu janji dan menyewa rumah percutian untuk bersama-sama berbogel.

Baru-baru ini misalnya mereka berkumpul di sebuah vila di kawasan pergunugan di luar Jakarta.

Tidak ada aktiviti luar biasa sangat dilakukan di vila itu, kecuali semuannya menanggalkan seluruh pakaian. Selepas itu mereka sekadar berborak hal-hal yang dirasakan wajar, termasuk politik.

Aditya juga aktif di media sosial, walaupun masih tetap berahsia dengan cara hidupnya itu.

Memiliki beberapa akaun Instagram, satu daripadanya hanya diikuti oleh orang yang diyakini. Melalui akaun itu Aditya memuat naik gambar-gambar bogelnya.

Satu daripada gambar itu, lapor BBC Indonesia, memaparkan Aditya bertelanjang bulat dalam sebuah gereja.

Namun akaun itu dipadamkan kerana dia bimbang tindakan undang-undang boleh dikenakanke atasnya mengikut Akta Pornografi.

"Seorang kawan saya menegur kerana saya agak cuai di Internet," katanya.

Namun bagi Aditya apa yang dilakukannya itu mempunyai matlamat sendiri. Sekurang-kurangnya dia mahu mengubah "persepsi salah" masyarakat terhadap berbogel sebagai cara hidup.

"Orang di sini menganggap, asalkan berbogel ia mesti ada kaitan dengan seks.

"Kalau kita berbogel beramai-ramai itu maksudnya ada pesta seks. Sebenarnya ini tak ada kaitan dengan seks," katanya.

Menurut Aditya orang ramai "hipokrit" kerana menganggap dengan lengkap berpakaian seseorang itu lebih beradab.

Seorang lagi pengikut kumpulan itu berkata Bali adalah tempat yang lebih selamat berbanding Jakarta.

Namun dia tetap berdepan kesukaran juga kerana pusat percutian yang mengizinkan pengunjung berbogel hanya terbuka untuk pelancong asing saja.

Lihat Komen