malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Perlis sumbang 5 masjid untuk Rohingya
Diterbitkan:  Oct 17, 2017 2:00 PM
Dikemaskini: Nov 1, 2017 4:50 AM
ADS

Majlis Agama Islam Perlis (Maips) menyumbangkan lima buah masjid untuk kegunaan pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh.

Mufti negeri Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata rumah ibadat itu dirasmikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sendiri.

“Masjid yang dibina, dihadiri oleh jemaah untuk bersolat setiap waktu. Waktu demikian keadaan mereka, mereka masih dan tetap ke masjid.

“Tadi saya diminta untuk memberi tazkirah. Rasa malu untuk berbicara di hadapan mereka yang telah diuji Allah tapi tetap atas iman,” katanya.

Asri juga berkata, kehadiran Tuanku Syed Faizuddin itu menjadikannya keluarga diraja yang pertama mengambil risiko melawat ke tempat itu.

Dalam tulisan berasingan Asri berkata mereka juga akan terlibat dalam pembinaan puluhan tenaga air dan sumbangan-sumbangan lain.

Beliau juga mengaku terganggu melihat nasib umat Islam Rohingya yang menurutnya diperlakukan dengan ketidakadilan “pengganas Buddha”.

“Setiap kezaliman akan menerima balasan. Setiap kesabaran atas ujian Allah akan diberikan ganjaran yang besar,” katanya.

Beliau juga berganmbar dengan seorang dua orang kanak-kanak yang menurutnya ibu bapa mereka dibakar hidup-hidup di hadapan mereka.

“Ada mangsa yang dirogol dan dipotong puting payu daranya.

“Ada yang baru belasan tahun yang dirogol puluhan tentera dan pelbagai lagi kisah sedih mereka,” katanya.

Lihat Komen